Bila time ptg kaum2 hawa ler yg paling poning nk mmikiokn nk msk apo tuk juadah bbuka posa & bersahur. Klu rasa2 x nk poningkn kepalo bbuka je kt rmh omak, mil, kakak, sedara mara, sahabat handai atau jiran ttanga. Atau yg paling sonang poie je beli kt bazaar ramadhan. Pelbagai lauk pauk kuih muih & air ada djual. Mknan yg kita x pnh tgk & dgr pun bole djumpai tpi sediakn duit je la. Tapi bagi anda yg lebih suka mnyediakn juadah sendiri meh kita bkongsi resepi. Resepi ni pun den dpt dr tenet elok kita kongsikn bersama. Smoga ianya dpt mmbantu puan2 ye.

1. AYAM GORENG OREN oleh BIDURI
Bahan-bahan ( 4 orang )
8 ketul kepak ayam
1/2 cawan yogurt
1/2 jus oren
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
* Bahan B *
tepung gandum secukupnya
2 biji oren
Italian parsley secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam.Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
Hiaslah dengan parsley dan oren
2. Kepak ayam bakar berempah oleh UMI

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 kilo kepak ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa
Cara-cara:
Bersihkan kepak ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak
Telur Bungkus oleh AYU

Bahan-bahan ( 2 Orang )
Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
Mix veggie - ikut suka nak byk mana
1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
1 biji bawang putih - dicincang kasar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
2 biji telur - dipukul sedikit
Garam & gula - secukup rasa
Lada sulah - secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara-cara
Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!
KUAH MEE REBUS TULANG

Sumber: Sayang (FRD)
Bahan-bahannya
1 kg tetel ataupun 1 – 2 kg tulang, direbus hingga empuk
6 – 8 sudu makan rempah kari
1 kotak kecil santan pekat
5 – 7 sudu makan taucu, dibasuh dan diramas sedikit
2 batang serai, ditiik
1 inci halia, dititik
1 inci lengkuas, dititik
garam secukup rasa
minyak secukupnya untuk menumis
Bahan untuk dikisar
10 – 15 tangkai lada kering
2 atau 3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 - 4 sudu makan udang kering
sebiji sederhana besar keledek, direbus dan dikisar
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumsi bahan yang telah dikisar bersama rempah kari sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan tetel/ tulang tadi dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan halia, lengkuas, serai, tetel/tulang dan biarkan ia mendidih lagi sehingga kuahnya sebati dengan tetel dan tulang.
4. Dan akhir sekali masukkan taucu yang telah dibasuh dan tunggu lagi sehingga ia mendidih.
Kuahnya siap untuk dihidangkan.
MEE BANDUNG CHEF WANSumber: Chef Wan Ismail

Bahan-bahan
300 gm mee kuning, dicelur
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
2 sudu cili kisar
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 cawan kacang pis (ini ida tak letak)
3 biji telur rebusMinyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad -
optional
Tauhu
Limau kasturi
Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.
3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.
4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.
5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.
STIR FRIED TEOCHEW MEE POK

Bahan-bahannya
200 gram mee pok/mee kuning/ kuay teow
50 gram sawi, dipotong lebar 3 inci
5 keping cendawan shitake
3 ekor udang
1 biji tomato, potong baji
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dipotong serong
1/2 cawan air
7 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap lemak manis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
bawang goreng secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan secukup minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, cili padi thailand dan bawang besar menggunakan sehingga layu sedikit. Masukkan udang dan goreng sehingga ia bertukar warna.
2. Masukkan pula kicap, sos cili dan sos tomato. Masukkan juga air dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan pula garam dan secukup serbuk perasa.
4. Masukkan pula sawi. Bila sawi telah setengah layu masukkan cendawan shitake. Kalau kuahnya berkurangan boleh tambah sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan mee pok/mee kuning atau kuay teow dan tomato. Gaul rata sehingga semuanya sebati. Angkat dan hidangkan panas-panas.
6. Taburkan dengan bawang goreng. Sedia untuk disantap.

Bahan-bahannya
600g water chestnut (sengkuang cina)
175g sagu kanji
1 sudu makan warna merah
30 oz kelapa
300g gula
4 helai daun pandan
Cara-caranya
1. Sengkuang hendak lah dipotong kecil kecil dan gaul kan dengan warna merah, kemudian digaul pula dengan sagu kanji hingga rata.
2. Renjiskan sedikit air pada sengkuang supaya kanji nya tidak melekit.
3. Ayak bahan bahan ini sedikit dan masuk kan kedalam air yg sedang mendidih.
4. Apabila timbul baru diangkat dan rendam kan ke dalam air sejuk.
5. Masak santan bersama gula dan daun pandan sehingga mendidih baru masukkan biji delima.
SELAMAT MENCUBA !!!
6 comments:
diikk...akak nak oder mee bandung 1,..eemm desert biji delima..air xder ke dik...hihiii...ni resepi org...xmau..nak resepi ko...sedaaapp!!!
Sbb 2 aku letak resepi org resepi aku xde hehehehhee... Mano dia resepi puding castard aku bg ponek oden tunggu x dpt rasa ko wat tgk gmbo pun jadi la
datin!! manyak nyer resipi ko...buat ker smua tuh...heheheheee..
1 pun aku x wat aku tayang gmbo je nk suruh ko yg buat nnti leh aku dtg bbuka kt rmh ko hehehehehe
perghhhh..
resepi best neh..
tapi bila la i nak mencuba yek??
hahahaha =P
Nnti i post lagi resepi2 lain, tpi i stakat post je ler buat lom tentu hehehhe
Post a Comment